Assalamualaikum w.b.t
Aku suka blog ni, tak tahu kenapa.. mungkin kerana ini blog pertama aku dan aku bersusah payah untuk mengenali blog ,menghias blog juga dari blog ini.
Boleh dikatakan aku suka buka blog ini banyak kali dan meninggalkan blog kedua aku,hihih..walaupun blog ini simple dan tidak begitu cantik. tetapi aku suka tengok tulisan di blog ini. Tengok la siapa yang pilih. *angkat bakul sendiri nampak* haha
Aku boring sangat. Hati ku memberontak ingin bekerja . Mengetahui suzana bekerja, untungnya dia. Abah ni sengaja je bagi harapan. Tak kasi kerja bagitahu je la. Ni tak, nak bermadah-madah pulak. Kenapa aku nak bekerja?
1. Handphone aku bateri rosak, kalau kerja boleh la beli phone baru atau mungkin itu terlebih, aku nak beli battery yang original supaya tahan lama.
2. Aku nak simpan duit tu, form 5 mesti la nak tusyen right? so, aku nak kerja nanti dapat bayar duit tusyen sendiri. Tak yah susah kan mak ayah aku right
3. Aku dah berjanji nak belanja kawan-kawan aku pizza hut kalau aku dapat gaji. Tapi kalau tak kerja memang la tak dapat gaji kan. So macam mana kan? :(
